Monday, December 24, 2007

Sekitar Program Qurban 1428H





Program Qurban Meriah

Ampang jaya, 22 Disember: KeADILan Ampang Jaya dengan kerjasama WIRDA Malaysia telah menganjurkan program khas sempena Aidiladha pada tahun ini. Program yang bertempat di perkarangan pejabat WIRDA di Ampang Jaya pada Sabtu lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutama dari penduduk sekitar kawasan Parlimen Ampang Jaya.
Program tersebut bermula sekitar jam 11 pagi dengan pengagihan daging qurban dan diteruskan dengan jamuan makan tengahari. Pelbagai menu istimewa dijamu untuk santapan tetamu yang hadir. Menu-menu tersebut telah dimasak secara bergotong-royong oleh kalangan aktivis parti dan WIRDA.
Aktiviti ini nyata memberikan peluang kepada penuduk sekitar Parlimen Ampang tanpa mengira fahaman politik untuk bersama-sama merapatkan hubungan didalam masyarakat.

Salam Aidiladha 1428H Buat Warga Ampang


Tuesday, December 18, 2007

Jentera Ampang Siap Siaga


Beberapa hari yang lalu KeADILan Parlimen Ampang telah membuat perjumpaan khas dengan jentera-jentera yang bakal membantu gerak kerja dan aktiviti di sekitar Parlimen Ampang. Perjumpaan tersebut pada awalnya dijangka dihadiri oleh antara 10 hingga 15 orang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila dihadiri oleh hampir 40 orang peserta dari DUN Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa.

Perjumpaan tersebut merupakan sesi penerangan dan kemaskini mengenai persiapan pilihanraya yang telah diatur dan dijalankan oleh pihak "Team Calon P99". Satu sesi khas penayangan slide show ceramah kelompok juga telah diadakan. Para peserta telah ditunjukkan slide-slide yang akan digunakan dalam representasi semasa ceramah kelompok yang bakal menjelajah seluruh Parlimen Ampang Jaya mulai Januari 2008.Timbalan Pengarah 1 Parlimen, Saudara Nor Hizwan Hj Ahmad yang mengendalikan sesi ini juga telah membuat penerangan serba sedikit tentang tayangan tersebut.
Antara yang hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua Bahagian Abdul Halim Mohamed Yusoff, Pengurus Kempen Puan Salmah Ismail, Setiausaha Wanita Pusat Hjh Hasnah Hashim dan juga EXCO Wanita serta AMK Bahagian.