Monday, December 24, 2007

Sekitar Program Qurban 1428H





Program Qurban Meriah

Ampang jaya, 22 Disember: KeADILan Ampang Jaya dengan kerjasama WIRDA Malaysia telah menganjurkan program khas sempena Aidiladha pada tahun ini. Program yang bertempat di perkarangan pejabat WIRDA di Ampang Jaya pada Sabtu lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutama dari penduduk sekitar kawasan Parlimen Ampang Jaya.
Program tersebut bermula sekitar jam 11 pagi dengan pengagihan daging qurban dan diteruskan dengan jamuan makan tengahari. Pelbagai menu istimewa dijamu untuk santapan tetamu yang hadir. Menu-menu tersebut telah dimasak secara bergotong-royong oleh kalangan aktivis parti dan WIRDA.
Aktiviti ini nyata memberikan peluang kepada penuduk sekitar Parlimen Ampang tanpa mengira fahaman politik untuk bersama-sama merapatkan hubungan didalam masyarakat.

Salam Aidiladha 1428H Buat Warga Ampang


Tuesday, December 18, 2007

Jentera Ampang Siap Siaga


Beberapa hari yang lalu KeADILan Parlimen Ampang telah membuat perjumpaan khas dengan jentera-jentera yang bakal membantu gerak kerja dan aktiviti di sekitar Parlimen Ampang. Perjumpaan tersebut pada awalnya dijangka dihadiri oleh antara 10 hingga 15 orang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila dihadiri oleh hampir 40 orang peserta dari DUN Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa.

Perjumpaan tersebut merupakan sesi penerangan dan kemaskini mengenai persiapan pilihanraya yang telah diatur dan dijalankan oleh pihak "Team Calon P99". Satu sesi khas penayangan slide show ceramah kelompok juga telah diadakan. Para peserta telah ditunjukkan slide-slide yang akan digunakan dalam representasi semasa ceramah kelompok yang bakal menjelajah seluruh Parlimen Ampang Jaya mulai Januari 2008.Timbalan Pengarah 1 Parlimen, Saudara Nor Hizwan Hj Ahmad yang mengendalikan sesi ini juga telah membuat penerangan serba sedikit tentang tayangan tersebut.
Antara yang hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua Bahagian Abdul Halim Mohamed Yusoff, Pengurus Kempen Puan Salmah Ismail, Setiausaha Wanita Pusat Hjh Hasnah Hashim dan juga EXCO Wanita serta AMK Bahagian.

Friday, October 19, 2007

Agihan Juadah Ramadhan 1428H



Ramadhan kali ini banyak membawa rahmat dan kejutan bagi penduduk sekitar Parlimen Ampang. Lagu rasmi keADILan "Kami Arus Perjuangan' berkumandang megah hampir setiap petang melalu corong-corong kenderaan rasmi "Team P99", sebuah Isuzu Trooper!
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Puan Hjh Zuraida selaku Penyelia parlimen Ampang dan pasukannya nyata memberi kesan yang mendalam di hati penduduk-penduduk sekitar kawasan Parlimen ini.
Ramadhan ini ia terbukti lagi.Tatkala rejim UMNO/BN ganas mengasak dan mengosongkan kantung rakyat marhaen, keperihatinan dan kepedulian keADILan Bahagian Ampang dan Hjh Zuraida jelas nyata. Beberapa tempat yang kebanyakannya dihuni rakyat berpendapatan sederhana dan rendah dilawati.Makanan ala kadar diedarkan secara percuma tanda kasih kami kepada rakyat.
Sambutan sangat menggalakkan yang diterima menambah yakin bahawa keADILan benar-benar parti yang prihatin dan berusaha membaiki sistem sedia ada.Wadah perjuangan ini dari rakyat untuk rakyat.Ini merupakan tanda awal penerimaan penduduk Ampang kepada keADILan.Mereka seolah sudah bersedia mencipta sejarah!
Antara kawasan yang dilawati dan diagihkan makanan secara percuma termasuklah Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang Hilir, Taman Kosas dan Lembah Jaya.HIDUP KEADILAN UNTUK RAKYAT!

Thursday, October 18, 2007

Respon Terbaik di Pasar pekan Ampang


Pekan Ampang, 15 September: Ramadhan Al Mubarak tidak menjadi penghalang kepada Puan Hjh Zuraida dan 'team p99' untuk turun berbakti dan menyantuni penduduk-penduduk sekitar Ampang. Seawal pagi lagi Puan Zuraida dan pasukannya dengan dibantu oleh beberapa pegawai dari KeADILan pusat telah turun ke Pasar Pekan Ampang.
Ternyata kehadiran mereka disenangi oleh peniaga dan pengunjung pasar pagi itu.Ada yang ramah bertanya itu dan ini terutamanya tentang senario politik negara.Kebanyakan mereka terdiri dari golongan Tionghwa yang tidak dengan mudah menerima apa sahaja asakan yang disumbat pihak kerajaan melalui media massa. Kebimbangan mereka nyata berasas kerana ekonomi yang dikatakan rancak berkembang hanya merupakan mainan propaganda pemerintah, sedangkan mereka yang berupakan peniaga sangat terasa kesannya.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Bendahari Agung keADILan , Encik William Leong dan pasukannya. Respon sangat positif yang diterima membuatkan pagi Ramadhan itu tidak terasa keletihannya.

AMK Edar Kurma

Sempena Ramadhan yang mulia ini, Angkatan Muda Keadilan Bahagian Ampang telah mengambil inisiatif untuk mendekati penduduk sekitar kawasan Parlimen Ampang dengan membuat edara kurma secara percuma.
Inisiatif yang dicadangkan EXCO AMK Bahagian, Saudara Khairul Nordin itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Edaran telah dibuat sekitar stesen LRT Ampang dan kawasan pasar-pasar juadah dalam kedua-dua DUN yang ada.
Disamping kurma, pelbagai risalah turut diedarkan untuk tatapan rakyat yang kelihatannya sangat dahagakan berita-berita alternatif selain yang dipaparkan di media-media massa.
Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan ini, AMK Bahagian Ampang akan menjadikannya sebagai acara wajib setia kali menjelang Ramadhan Al Mubarak.