Thursday, October 18, 2007

Bantah Penswastaan Hospital

12 Sept: Ketua Wanita Keadilan, Puan Hjh Zuraida Kamaruddin yang juga Penyelia Parlimen Ampang hari ini turut bersama-sama ratusan orang awam mengadakan bantahan atas cadangan kerajaan untuk menswastakan perkhidmatan kesihatan.
Bantahan aman tersebut bagi menentang cadangan kerajaan untuk melaksanakan skim 'Pesakit Bayar Penuh' atau 'Full Paying Patient' (FPP)di hospital-hospital kerajaan yang mana kesan langsung daripada tindakan tersebut adalah golongan marhaen dan miskin akan menjadi mangsa kerana terpaksa membayar pada kadar yang lebih tinggi.
Skim tersebut akan dilaksanakan diperingkat awal (pioneer project) di dua buah hospital iaitu di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya yang dijangka dimulakan pada 1 Januari tahun hadapan.
Demonstrasi aman yang diadakan di Hospital Selayang itu turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Agung KeADILan Dr Xavier Jeyakumar dan Ketua Angkatan Muda keADILan Sdr Samsul Iskandar Mohd Akin.Manakala para pimpinan parti alternatif lainnya seperti Dr Siti Mariah Mahmud mewakili PAS dan juga Dr Subramaniam Pillay yang mewakili sebuah NGO, ALIRAN.
Walaubagaimanapun, memorandum bantahan yang sepatutnya diserahkan kepada Pengarah Hospital tersebut, diterima oleh Timbalan Pengarah Perubatan hospital tersebut, Dr Hajjah Zainab Ramli. Antara lain, memorandum tersebut menuntut agar kerajaan mengakui bahawa polisi menggalak penubuhan hospital swasta telah melemahkan sistem hospital awam serta ketidak yakin antara orang ramai terhadap mendapat rawatan di Hospital Kerajaan.Selain itu, skim tersebut juga perlu dibatalkan dengan segera kerana akan menjejaskan lagi kualiti rawatan yang diperolehi oleh lapisan-lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

No comments: