Thursday, October 18, 2007

Perasmian Surau Al Rahmaniah.


Ampang, 11 September: Penduduk Kampung Berembang hari ini memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pembukaan semula surau di kawasan perkampungan mereka. Surau tersebut yang diberi nama Al Rahmaniah dibina semula secara beramai-ramai dengan sumbangan pelbagai pihak setelah surau asal yang mereka bina puluhan tahun lalu dirobohkan dengan rakus oleh jentera-jentera Islam Hadhari Negeri Selangor termasuklah JAIS, MPAJ dan turut dibantu pasukan keselamatan.

Puan Hjh Zuraida Kamaruddin telah diberi penghormatan khas untuk merasmikan surau ini dengan persetujuan semua penduduk kampung yang diketuai oleh Saudara Alizan.Ini memandangkan sumbangan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak keADILan mahupun dari Hjh Zuraida sendiri sangat dihargai penduduk kampung itu yang kini diduduki oleh kira-kira 50 buah keluarga.

Sehingga ke hari ini, penduduk Kampung Berembang masih mempertahankan hak mereka yang dicabuli sebagai peneroka bandar.Semoga surau yang dibina atas dasar perpaduan dan persaudaraan sesama muslim ini menjadi tapak dan asas yang kukuh untuk mengembangkan lagi semangat mereka menuntut keadilan.KeADILan Bahagian Ampang khususnya akan sentiasa memantau dan memberi sokongan kepada mereka.

No comments: